Abdullah percaya keseimbangan antara kepantasan dan pengendalian jentera penting bagi 'menjinakkan' Litar Termas de Rio Hondo pada perlumbaan Grand Prix Argentina, minggu depan.
Pelumba pasukan Monster Yamaha Tech3 itu berkata, ia penting kerana litar di negara Amerika Latin itu memiliki banyak laluan lurus serta selekoh yang mencabar ketika dia bertekad untuk memperbaiki kedudukan ke-14 yang diraihnya ketika perlumbaan pembuka tirai musim di GP Qatar, awal bulan lalu.
Sedar dengan cabaran yang akan dihadapi, Hafizh bagaimanapun berkata, ia banyak bergantung kepada tahap kompetitif jenteranya pada minggu berkenaan.
"Saya mahu terus mengutip mata dan mendapat keputusan lebih baik berbanding di Losail," kata Hafizh yang menyertai perlumbaan MotoGP kali pertama musim ini.
"Tapi ia pastinya bukan mudah. Saya tahu saya perlu bekerja amat keras untuk mendapatkan impak. Ada begitu banyak laluan lurus di Argentina jadi saya berharap jentera saya berada dalam keadaan baik supaya saya memperoleh perasaan yang positif.
"Saya juga akan bekerja keras untuk memperbaiki kecergasan fizikal dan kekuatan mental untuk membantu saya mencabar pelumba lebih berpengalaman."
Prestasi Hafizh di Argentina ketika beraksi dalam kelas Moto2 boleh dianggap baik apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-10 musim lalu dan di kedudukan keenam pada musim 2015 dan 2016.
Litar Termas de Rio Hondo begitupun dikenali sebagai litar yang kotor kerana ia jarang digunakan dengan sesi ujian pada Jumaat kebiasaannya berlangsung perlahan berikutan debu dan serpihan di atas litar.
Kepantasan pelumba kebiasaannya meningkat pada Sabtu dan hari perlumbaan apabila mereka menggunakan tayar baharu serta keadaan litar yang lebih bersih.
Sumber : http://www.bhplus.com.my