Giggs tewaskan Bellamy, bimbing Wales

LONDON 15 Jan. – Ryan Giggs dilantik sebagai pengendali baharu Wales dan akan memulakan tugas pertama sebagai pengurus tetap, Isnin depan.


Giggs, 45, pernah menggalas tugas pengurus sementara Manchester United pada 2014 selepas pemecatan David Moyes, sebelum menjadi pembantu Louis van Gaal.

Sejak itu, dia mula mencari peluang menjadi jurulatih tetap sehinggalah dilantik oleh Wales menggantikan Chris Coleman untuk membimbing ‘generasi emas’ yang diketuai Gareth Bale.

Legenda Manchester Uni­ted itu antara empat calon yang ditemuduga, Khamis lalu.

Tiga calon lain ialah bekas penyerang Wales dan Li­verpool, Craig Bellamy; bekas pengurus Stoke City, Mark Bowen serta penolong pengurus Wales, Osain Ro­berts.

Tugasan terbesar yang menanti legenda United itu adalah menbawa Wales melayakkan diri ke Kejohanan Eropah (Euro) 2020.

Giggs sebelum ini pernah ditemuduga oleh Swansea pada Oktober 2016, namun gagal memikat kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Coleman muncul pe­ngurus Wales paling berjaya selepas membawa pasukan tersebut ke separuh akhir Euro 2016. – AGENSI

Sumber  : web.news365.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==