Sanchez akan menjadi ‘hebat’ untuk United - Mourinho

LONDON 15 Jan. - Jose Mourinho berkata, ia akan menjadi sesuatu yang hebat jika penyerang Arsenal Alexis Sanchez menyertai Manchester United setelah Manchester City dilaporkan sudah tidak berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan Chile itu.


Sanchez, 29, dilihat tidak diturunkan dalam perlawanan terakhir Arsenal, dengan pengurusnya, Arsene Wenger semalam berkata, perpindahannya kemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 48 jam akan datang.

Persoalan sama ada Sanchez akan memilih jersi Manchester berwarna biru atau merah mungkin terjawab setelah United mencatat kemenangan 3-0 ke atas Stoke, dengan City dikatakan tidak berminat dengannya, biarpun terdapat laporan bahawa Chelsea bakal membuat bidaan terhadap penyerang tersebut.

Mourinho berkata selepas pasukannya mengekalkan keduduka kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris dengan 50 mata, dia amat berhati-hati setelah terdapat cadangan untuk membawa masuk Sanchez ke Old Trafford.

“Tiada berita untuk Alexis Sanchez. Dia merupakan pemain Arsenal. Jika dia kekal, ia sangat bagus untuk Arsenal, jika dia datang kepada kami, ia akan bagus untuk kami, jika dia pergi ke kelab lain, juga bagus untuk mereka,” ujarnya.

Pengurus United, Mourinho dalam satu wawancara selepas perlawanan itu bersama Sky Sports tersipu malu ketika ditanya sama ada United kini berada di kedudukan paling atas untuk mendapatkan Sanchez.

“Saya tiada idea. Hari ini saya langsung tidak memikirkan tentang perkara itu. Saya hanya fokus kepada perlawanan saya dan tidak risau apa-apa.

“Saya tidak akan bercakap mengenai situasi bersifat hipotesis. Mungkin ada kelab lain yang juga berminat dan ingin mencuba, dan saya tidak boleh bercakap mengenai pemain yang merupakan jentera Arsenal,” katanya.

Pengendali City, Pep Guardiola pernah berhasrat membawa masuk Sanchez pada akhir musim panas lalu sebelum dibatalkan pada saat akhir.

Pembatalan itu difahamkan, City enggan membayar yuran perpindahan yanng dilaporkan sekitar 35 juta pound (RM191.42 juta) untuk pemain tersebut yang akan menamatkan kontraknya pada akhir musim ini.- AFP

Sumber : news365.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==