Kelam-kabut punca Jackie di tangga tiga tercorot dalam baling tukul besi

GOLD COAST, 8 April (Bernama) -- Atlet olahraga negara, Jackie Wong Siew Cheer hanya mampu menduduki tangga ke-14 daripada 16 atlet dalam acara baling tukul besi dengan catatan 64.35 meter (m) pada temasya Sukan Komanwel 2018 di Carrara Sports & Leisure Centre di sini hari ini.

Balingan atlet dari Sarawak itu tersasar daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 65.90m yang dcipta pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Beliau mengakui banyak melakukan kesilapan ketika di gelanggang serta kecewa dengan pencapaiannya pada penampilan keduanya pada temasya sukan tersebut.

"Masa balingan pertama tadi saya agak kelam-kabut kerana tidak jumpa tali pinggang dan tergesa-gesa lari masuk ke gelanggang kerana kesuntukan masa dan masa balingan kedua pula, terbatal sebab terpijak luar ring (bulatan)," katanya.

Jackie tidak menolak kemungkinan dua faktor tersebut menjadi penyebab prestasi hambarnya itu ekoran beliau telah bersedia sepenuhnya.....

Sumber : http://www.bernama.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==