KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating menganggap aksi menentang UiTM FC cukup penting bagi menjarakkan kedudukan selepas kedua-duanya berkongsi mata di tangga kedua dan ketiga Liga Perdana.
Sehubungan itu, Jelius mahu pemainnya memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam aksi dijangka sengit di Stadium Likas, esok.
"Ia bukan tugas mudah kerana UiTM FC belum pernah tewas dan kita hanya mengatasi mereka dengan kelebihan gol.
"Jadi, saya harap pemain akan memanfaatkan kelebihan ini kerana hanya kemenangan akan mengukuhkan kedudukan kita di tangga kedua dan menghampiri pendahulu liga, Felda United," katanya hari ini.
Sementara itu, bekas pemain Sabah berusia 47 tahun itu turut berharap Stadium Likas sekali lagi dibanjiri penyokong.
"Kali terakhir kita bermain di Likas menyaksikan lebih 20,000 penyokong hadir ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala FA, awal bulan lalu.
"Tidak dinafikan ia adalah kerana faktor JDT, namun saya yakin lebih ramai yang hadir pada waktu itu adalah untuk menyokong kita. Saya harap mereka akan kembali ke stadium untuk meningkatkan lagi semangat pemain," katanya.
Beliau turut menegaskan, kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan dan sedia untuk beraksi kecuali Maffry Balang yang menjalani penggantungan.
"Saya akan mengekalkan kesebelasan utama kita sebelum ini kecuali Maffry yang digantikan dengan Randy Baruh," katanya.
Jelius dijangka mengekalkan formasi 3-5-2 dengan Robson Rendy Rining kekal sebagai benteng terakhir dan dibantu tiga pertahanan iaitu ketua pasukan, Rawilson Batuil, Francis Kasonde serta Randy.
Sumber : www.bharian.com.my